Facebook Live : Kelas Asas Microsoft Word

26 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Sesi ini adalah Kelas Asas Microsoft Word. Antara pengisian untuk kelas ini adalah asas typing, bullets, fonts dan banyak lagi. Selain itu, turut disertakan dalam Live ini adalah slideshow yang sesuai untuk mengajar peserta. Sesi Facebook Live ini diadakan selama sejam dan di share di banyak platform di Facebook.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali