Kelas portal Produk Sarawak
22 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Portal Produk Sarawak adalah untuk mendedahkan kepada usahawan tempatan mengenai pengunaan portal Produk Sarawak sebagai platform mereka untuk berjual beli. Kelas ini telah di hadiri oleh 10 orang peserta terdiri daripada ahli Kumpulan Usahwan Ikhtiar Malaysia Blok Lambir. Ramai daripada menggunakan platform Facebook, Whatsapp dan Instagram untuk berniaga.
Untuk kelas ini, peserta telah diajar untuk mencipta akaun dalam Produk Sarawak. Segala aturan dari Bank hingga ke produk telah di ajar oleh staf Pusat Internet yang bertugas untuk mengajar. Kelas bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: