Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Pengusaha Borneo Tropical Rainforest Resort
Borneo Tropical Rainforest Resort adalah sebuah resort agro dan alam semula jadi yang terletak dalam persekitaran semula jadi hutan hujan tropika yang bersih dan subur. Terletak di sepanjang Miri-Bintulu, resort ini terletak hanya 30 minit memandu atau 32 km dari Lapangan Terbang Miri dan 50 minit memandu 39 km dari bandar Miri.
Borneo Tropical Rainforest Resort mempunyai koleksi unik spesies pokok hutan dan serangga yang hanya boleh didapati di hutan hujan Borneo. Untuk pengalaman sebenar dengan pokok-pokok eksotik dan tumbuh-tumbuhan spesies, berjalan-jalan ke dan menikmati buah-buahan tropika segar dari ladang dusun,lawatan pendidikan ke ladang haiwan domestik, atau hanya berehat dan menikmati masakan antarabangsa dan tempatan yang berkhidmat di One Tree Hill Café dan Palm Restaurant & Bar yang menakjubkan.
Terletak di dalam persekitaran yang tenang dan tenang, Borneo Tropical Rainforest Resort adalah benar-benar tempat percutian untuk berehat dan pemulihan badan, minda dan semangat, jauh dari hiruk-pikuk kehidupan Bandar. Untuk sebarang tempahan, boleh hubungi di talian +6019 885 2193 / Fax: +6019 814 0078
Kuih Muih Puan Jamayah
Puan Jamayah telah mengusahakan kuih muih yang dijual berhadapan dengan SK Lambir Village. Dengan harga yang berpatutan, jualan beliau sentiasa habis sebelum pulang kerumah. Jika suatu majlis di adakan di kampong, beliau akan ditempah untuk membuat kuih pada kadar jumlah tertentu. Bolah hubungi Puan Jemayah untuk sebarang tempahan di talian 014-8798790.
Pengusaha jualan kosmetik (lipstick)
Cik Hetty Neziera berniaga pelbagai produk kosmetik dari tamat persekolahannya. Sebelum ini, beliau hanya menjalankan bisnes atas talian dan kawasan berdekatan, sehingga mendapat peluang untuk meluaskan perniagaanya. Terdapat pelbagai jenama barangan kosmetik dijual seperti Kylie, Mac, Avon dan banyak lagi. Untuk sebarang tempahan, boleh hubungi di talian +6016 8559015
Pengusaha jualan kosmetik
Cik Dessyana merupakan seorang penuntut Politeknik Kampus Matang, Kuching. Beliau menjalankan perniagaan secara sampingan untuk menjana pendapatan sambil belajar. Dengan harga yang berpatutan, jualan beliau sentiasa konsisten. Kosmetik beliau sering mendapat kepuasan pengguna. Boleh hubungi Cik Dessyana untuk sebarang tempahan di talian +6010-9306928.
Pengusaha jualan kosmetik
Puan Duria merupakan seorang guru yang mengajar di SK Lambir. Beliau membuat barang perhiasan Orang Ulu untuk menjana pendapatan yang lebih. Produk yang beliau jual adalah terdiri daripada hiasan kepala dan leher. Semua barang perhiasan yang dijual oleh Puan Duria dibuat oleh ibunya di rumah beliau. Semua barang perhiasan tersebut dibuat menggunakan tangan dan diperbuat daripada manik Untuk sebarang tempahan boleh menghubungi beliau +6016-8541146.