Kisah Kejayaan
Puan Habibah Binti Matrang
Puan Habibah Binti Matrang berusia 54 tahun. Beliau seorang suri rumah sepenuh masa dan berniaga separuh masa untuk pendapatan sampingan. Beliau mempelajari ICT daripada anaknya sehingga dapat menggunakan ICT untuk memperluas perniagaan beliau. Beliau menggunakan komputer yang dilengkapi dengan internet wifi komuniti di rumah bagi memudahkan beliau untuk urus niaga dari rumah.
Aplikasi elektronik tersebut banyak membantu beliau memudahkan urusan seharian, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga. Sekarang Puan Habibah tidak perlu turun ke bandar Miri bagi urusan perniagaan. Beliau hanya menggunakan laman web facebook, brim-hasil.net dan Maybank2u sahaja.
Peserta Yang Celik IT
Mohamad Fiqry merupakan seorang pelajar Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Lambir. Beliau seorang bercita – cita tinggi dan sangat aktif. Beliau juga merupakan seorang yang suka meneroka dan mempelajari sesuatu yang baru. Dengan adanya PI Kpg Lambir, Mohamad Fiqry telah menggunakan kemudahan seperti capaian internet, komputer dan juga kelas Intel untuk menambah pengetahuan beliau dalam ICT.
Dengan adanya PI, Mohamad Fiqry menyertai kelas Intel yang telah diadakan dan sering bertanya kepada staff PI soalan mengenai ICT. Ia telah banyak menambah pengetahuan beliau dalam penggunaan ICT dan menggunakan ICT sebagai rujukan pelajaran disekolah.
Peserta Yang Celik IT
Encik Hamzah Bin Jahawi berusia 58tahun. Beliau merupakan seorang pesara yang kini menetap di Kampung Lambir. Untuk mengisi masa lapang mereka sebagai pesara, Encik Hamzah telah bertekad untuk mengikuti kelas Intel di PI Kg Lambir dengan masa yang terluang. Beliau menggunakan computer riba yang dilengkapi dengan internet wifi komuniti di rumah bagi memudahkan beliau untuk urusan dari rumah.
Aplikasi elektronik tersebut banyak membantu beliau memudahkan urusan seharian, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga. Sekarang Encik Hamzah tidak perlu turun ke bandar Miri bagi urusan perniagaan. Beliau hanya menggunakan laman web facebook, youtube, brim-hasil.net dan Maybank sahaja.