Hari Terbuka Pusat Internet Kg Lambir
16 December 2017 | Aktiviti TerkiniProgram Hari Terbuka PI Kg Lambir diadakan pada tarikh 15 Disember (Jumaat). Tujuan hari terbuka tersebut diadakan adalah untuk mempromosikan PI Kg Lambir kepada komuniti setempat. Terdapat banyak aktiviti disediakan pada hari tersebut dan mendapat sambutan yang mengalakkan. Antara aktiviti yang diadakan adalah Advokasi Check Your Label & Mobile E-Waste, Pengenalan PI Kg Lambir, E-Learning for Kids, Online Safety Interactive Games, Pameran Open University Malaysia Miri dan Komuniti Sihat KOSPEN Lambir. Lebih kurang 50 orang hadir untuk menyerikan lagi Hari Terbuka tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: