Fiesta dan Jalinan Kasih Amanah Ikhtiar Malaysia
23 September 2019 | Aktiviti TerkiniFiesta dan Jalinan Kasih Amanah Ikhtiar Malaysia adalah sebuah program tahunan anjuran pihak Amanah Ikhtiar Malaysia Miri. Program tersebut bertujuan untuk meraikan ahli mereka di samping merapatkan lagi hubungan sesame ahli untuk kebaikan bersama. Antara kehadiran ahli AIM adalah dari kawasan Baram, Permyjaya, Bandar dan Lambir.
Turut serta untuk merasmikan program adalah Yang Berhormat Encik Ripin Bin Lamat ADUN N. 72 Lambir. Pihak Pusat Internet telah dijemput untuk terlibat sekali dalam pameran. Antara aktiviti di booth Pusat Internet adalah Augmented reality, Kuiz KDB, Taklimat ASO & pendaftaran ahli Pusat Internet. Program berlansung selama 2 hari dari 21 hingga 22 September 2019. Terdapat ramai pengunjung yang datang kerana program diadakan di tengah bandar iaitu padang Majlis Bandaraya Miri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: