Ceramah KDB SMK Taman Tunku 2019

15 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada remaja mengenai isu - isu sosial yang melibatkan golongan mereka kerana kadar jenayah yang melibatkan mereka agak membimbangkan. Oleh itu, pameran yang disediakan oleh setiap agensi yang hadir bertujuan untuk mengajar dan menyediakan remaja menghadapi situasi yang tidak diingini.

Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai Buli Siber, Sexting, Oversharing, Maklumat palsu dan keselamatan dalam internet. Peserta adalah terdiri daripada pelajar PT3 seramai 86 orang dan ceramah bermula dari 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi. Turut disertai oleh 6 orang guru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali