Kelas Portal Produk Sarawak

27 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Portal produk Sarawak merupakan antara usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan E- Dagang (MITEC) dan SME Corp Sarawak untuk menyediakan platform perniagaan online khas untuk warga Sarawak. Portal telah diadakan untuk menggalakkan lagi usahawan di Sarawak untuk menggunakan platform online untuk meluaskan perniagaan mereka.

Portal Produk Sarawak juga berfungsi seperti portal beli belah yang lain seperti Lazada, Shopee dan Zalora. Ia memudahkan pembeli untuk mencari barangan atau produk Sarawak yang mereka ingini. Dengan menyediakan servis begini pengguna lebih terdedah kepada penggunaan ICT dalam kehidupan seharian mereka. Peserta kelas ini dibimbing oleh staf Pusat Internet untuk cara mendaftar dan menggunakan portal ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali