Program Kempen Keselamatan Kanak – Kanak Sahabat B.I.J.A.K

20 September 2019 | Aktiviti Terkini

Program Kempen Keselamatan Kanak - Kanak Sahabat B.I.J.A.K: "Safe and Protect" adalah sebuah program kempen yang dianjurkan oleh pihak Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara Miri bersama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan pelbagai lagi agensi kerajaan yang lain untuk menjayakan program tersebut.

Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada remaja mengenai isu - isu sosial yang melibatkan golongan mereka kerana kadar jenayah yang melibatkan mereka agak membimbangkan. Oleh itu, pameran yang disediakan oleh setiap agensi yang hadir bertujuan untuk mengajar dan menyediakan remaja menghadapi situasi yang tidak diingini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali