Malaysia Day Scavengers Hunt 2019

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Sempena dengan bulan Hari Malaysia, PI Kg Lambir, Kg Luak dan Permyjaya telah mengajurkan sebuah aktiviti yang mempunyai unsur nasionalisme dan pada masa yang sama melibatkan aktiviti berkaitan ICT. Peserta yang menyertai dikehendaki untuk membentuk sebuah kumpulan dan harus menyiapkan tugasan yang diberi.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah Kahoot! Malaysia Day, Buta & Pekak, Tips Keselamatan di Internet, Build the pyramid dan Group Whatsapp. Setiap aktiviti mempunyai had masa tersendiri untuk setiap kumpulan menyelesaikan tugasan yang diberi. Seramai 16 orang telah menyertai aktiviti ini dan berlansung dari pukul 10:00 sehingga 16:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali