eUsahawan #1

28 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Program ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program ini merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.

Beberapa usahawan sekitar PI Kg Lambir telah menghadiri eUsahawan #1. Pihak PI bekerjasama dengan wakil MDEC untuk berkongsi ilmu keusahawanan atas talian kepada peserta yang hadir. Antara perkara yang diajar adalah penggunaan Facebook, Instagram dan Whatsapp sebagai medium untuk berniaga. Kerana ia antara aplikasi yang kerap digunakan sekarang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali