Asas Komputer

13 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

PIK Kg Lambir mengadakan kelas asas komputer. Dengan menjalankan aktiviti dalam masa setengah jam, seramai 3 orang ahli terlibat dalam aktiviti ini. Sesi kali ini dimulakan dengan penerangan asas computer dan fungsi pada setiap bahagian komputer. Selepas itu, sesi quiz diadakan dengan menyediakan soalan - soalan yang berkaitan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali