Prezi Online Course

18 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, sesi aktiviti dan latihan di dalam Pusat Internet Komuniti kali ini mengikut SOP yang telah ditetapkan.

PIK Kg Lambir mengadakan kelas online prezi. Dengan menjalankan aktiviti dalam masa setengah jam, seramai 5 orang ahli terlibat dalam aktiviti ini. Sesi kali ini dimulakan dengan tayangan video pendek fungsi dan hasil siap prezi. Selepas itu, sesi latihan membuat prezi diadakan dengan menyediakan gambar dan informasi yang berkaitan dengan latihan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali