Tayangan Klik Dengan Bijak

19 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Antara perkongsian kali ini adalah tayangan video klik dengan bijak bersama pelajar sekolah rendah. Hal ini kerana dengan zaman penggunaan media sosial yang sangat kerap pada masa kini, pelajar mudah terdedah dengan risiko atas talian; seperti cybergrooming dan cyberstalking.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali