Facebook Live : Buli siber, Sexting & Oversharing

28 November 2020 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Antara perkongsian kali ini adalah kolaborasi bersama PIK Kg Luak. Isu yang dibincangkan bersama adalah mengenai Buli siber, Sexting dan Oversharing. Hal ini kerana banyak isu isu sosial yang melibatkan sosial media masa kini berkait dengan isu – isu tersebut. Oleh itu, umum perlu tahu tentang permasalahan yang dibincangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali