Tips Canva!

29 November 2020 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Antara perkongsian kali ini adalah mengenai laman web Canva. Laman web Canva mempunyai banyak fungsi berguna. Antaranya adalah ia mempunyai banyak template untuk Resume, Poster, Facebook cover, Instagram post dan banyak lagi. Semuanya di hujung jari kerana terlalu banyak template yang boleh digunakan sama ada untuk tujuan perniagaan dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali