Facebook Live : Risiko Kanak - Kanak Atas Talian

6 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Antara perkongsian kali ini adalah mengenai keselamatan kanak - kanak atas talian. Hal ini kerana dengan zaman penggunaan media sosial yang sangat kerap pada masa kini, kanak - kanak amat terdedah dengan bahaya dan risiko atas talian. Antara jenis risiko yang membahayakan mereka adalah seperti cybergrooming dan cyberstalking. Selain itu, peningkatan kes jenayah siber yang melibatkan kanak - kanak dalam talian turut meningkat setiap hari. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil tahu tentang penggunaan internet dalam kalangan anak - anak mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali