Facebook Live : Advokasi Buli Siber

24 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Antara isu yang dibincang pada sesi advokasi kali ini adalah Buli Siber. Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Turut dibincang dalam sesi ini juga adalah punca buli siber, beza buli siber dan buli, kesan buli siber dan cara menangani buli siber. Sesi Facebook Live ini diadakan selama 20 minit dan di share di banyak platform di Facebook.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali