Kahoot ICT & Excel

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kahoot! merupakan sebuah aplikasi atas talian yang berfungsi sebagai sebuah platform untuk pengguna mengadakan aktitiviti seperti kuiz dan poll. Ia memerlukan pengguna menggunakan internet untuk mendapatkan akses kepada kuiz yang dianjur dan boleh bermain bersama – sama dengan peserta lain. Untuk sesi kali ini, ia melibatkan topik mengenai perisian dan perkakas komputer.

Kuiz tersebut akan menguji pengetahuan peserta mengenai topik tersebut serta kepantasan mereka menjawab. Selain itu, kelas Asas Microsoft Excel juga diadakan pada masa itu. Kelas tersebut diadakan bertujuan untuk membantu peserta membuat jadual waktu kelas mereka sendiri. Staf PIM telah membimbing mereka membuat jadual tersebut. Kelas tersebut bermula dari jam 1400 petang sehingga 1700 petang dengan 9 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali