Ceramah KDB Sempena Orientasi Tingkatan 1 SMK Taman Tunku 2020
7 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniDengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (Bijak Internet).
Selain itu, ceramah ini juga bertujuan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Pendidikan seperti ini amat penting kerana ia mendidik pengguna untuk lebih bersedia dan dapat mengenal pasti ancaman yang membahayakan mereka. Akhir sekali, ceramah ini diadakan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna internet. Peserta adalah seramai 198 orang pelajar terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 SMK Taman Tunku.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: