Tayangan KDB & Kuiz KDB (Kahoot)

30 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Internet ialah satu dunia yang menarik dan menyeronokkan. Namun, ia juga mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Jika tidak digunakan dengan bijak, ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Namun, dengan adanya internet, anda boleh memperluaskan pengetahuan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dari seluruh dunia serta membuat transaksi online hanya dalam beberapa saat sahaja! Tetapi, anda juga boleh menjadi mangsa penipuan atau buli siber.

Malah, jika anda menjadi ketagih kepada internet, anda boleh mengabaikan kehidupan sebenar tanpa anda sedari. Ingat, teknologi sepatutnya berkhidmat untuk anda, bukan sebaliknya. Program ini adalah untuk berkongsi kepada masyarakat untuk Klik dengan bijak ketika berada diatas talian. Selepas tayangan video Klik dengan bijak, staf membawa peserta untuk berbincang mengenai isu yang dikupas. Kemudian, kuiz Kahoot diadakan untuk menguji pemahaman peserta selepas taklimat dan perbincangan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali