Kahoot KDB & Kemerdekaan 2020

31 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Sempena dengan bulan Kemerdekaan, perkongsian mengenai topik kemerdekaan wajib diadakan untuk memperingati perjuangan mengenai kemerdekaan. Selain itu, isu KDB turut perlu dibincangkan. Internet ialah satu dunia yang menarik dan menyeronokkan. Namun, ia juga mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Jika tidak digunakan dengan bijak, ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Namun, dengan adanya internet, anda boleh memperluaskan pengetahuan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dari seluruh dunia serta membuat transaksi online hanya dalam beberapa saat sahaja!

Program ini adalah untuk berkongsi kepada masyarakat untuk Klik dengan bijak ketika berada diatas talian serta menghayati bulan Kemerdekaan dalam masa yang sama. Selepas tayangan video Klik dengan bijak, staf membawa peserta untuk berbincang mengenai isu yang dikupas. Kemudian, kuiz Kahoot diadakan untuk menguji pemahaman KDB serta beberapa soalan mengenai kemerdekaan. Peserta adalah seramai 3 orang ahli PI Kg Lambir dan bermula dari 2.30 - 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali