Aktiviti Menghias PIM & Kahoot! Sempena Hari Malaysia

5 September 2020 | Aktiviti Terkini

Sempena dengan Hari Malaysia, sudah pasti banyak tempat akan dihiasi dengan hiasan yang bertemakan Hari Malaysia. Pusat Internet Kg Lambir tidak terlepas untuk menghias PI dengan hiasan yang bertemakan Hari Malaysia. Selain itu, PI juga turut menganjurkan aktiviti sempena dengan Hari Malaysia untuk menyemarakkan serta menghayati sambutan Hari Malaysia ini. Antara aktiviti adalah menghias PI dengan hiasan bertema Hari Malaysia serta mengadakan Kahoot! sempena dengan Hari Malaysia. 4 orang ahli terlibat dalam aktiviti ini dan dijalankan pada jam 3 petang hingga 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali