Kelas Asas Komputer & Penggunaan Internet 2020

9 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Teknologi komputer sebenarnya berkembang begitu pantas dan ianya sentiasa di perbahurui setiap hari oleh gergasi-gergasi pengeluar komputer. Dari sebuah mesin yang sebesar-besarnya aia kini semakin di kecilkan sehinga kepada cuma sebuah mesin di telapak tangan anda.Dan munkin satu ketika nanti ianya akan di kecilkan lebih dari yang telah wujud sekarang. Teknologi komputer juga menjadikan segala maklumat dan ilmu hanya berada di hujung jari anda.

Oleh itu, umum harus mengambil tahu mengenai penggunaan asas komputer dan Internet untuk memudahkan kehidupan seharian. Antara pengisian kelas ini adalah pengenalan asas komputer seperti kekunci, tetikus, monitor dan sebagainya. Begitu juga dengan asas typing, mencipta folder, pengenalan browser dan sebagainya. Kelas ini dihadiri oleh 4 orang ahli PIM Kg Lambir dan kelas bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali