Majlis Tilawah dan Menghafal Al-Quran Peringkat Negeri 2020
17 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniMajlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri diadakan bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 Januari. Manakala Tilawah Al-Quran bermula jam 8 malam mulai 13 hingga 16 Januari. Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu majlis ini bagi menyemarakkan semangat cinta umat Islam kepada Al-Quran yang merupakan kitab suci yang syumul sifatnya merangkumi semua aspek kehidupan manusia sebagai usaha melahirkan lebih ramai qari dan qariah berkaliber di Sarawak selain mewujudkan persa-ingan sihat dalam kalangan peserta.
Banyak agensi yang lain telah dijemput untuk mengadakan pameran pada hari tersebut. Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Miri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Agama Islam Sarawak, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan lain – lain badan bukan kerajaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: