Facebook Live : Pengenalan Maxis eKelas

9 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Antara perkongsian ICT kali ini adalah mengenai portal Maxis eKelas. eKelas adalah sebuah program komuniti perdana Maxis yang membawakan pembelajaran digital untuk semua pelajar Malaysia. Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini menawarkan cara belajar yang menyeronokkan melalui penyediaan akses percuma kepada kandungan pendidikan berkualiti dan aktiviti menarik, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Program ini memfokuskan kepada tiga subjek utama iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 seluruh negara. Taklimat diadakan dari 3 petang sehingga 3.30 petang dengan 4 orang penonton menjawab borang maklumbalas (9 views).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali