Facebook Live : Wanita, Remaja & ICT
1 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniBersempena ‘International Girls in ICT Day’ yang disambut secara serentak di seluruh dunia oleh negara-negara anggota Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, GICT sebagai suatu gerakan global dalam memperkasakan kemahiran remaja perempuan dan wanita muda berperanan melengkapkan kumpulan sasar dengan kemahiran khusus pekerjaan yang berkaitan dengan STEM seperti kejuruteraan, pengaturcaraan komputer, teknologi pengkomputeran awan, robotik, sains kesihatan dan teknologi.
Bertemakan “Connecting Girls, Creating Brighter Future”, KKMM dengan kerjasama agensi-agensi di bawah Kementerian ini serta pemain industri ICT akan menganjurkan beberapa program dalam talian berasaskan STEM disasarkan kepada pelajar perempuan sekolah rendah dan menengah termasuk di peringkat pengajian tinggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: