Tips Kata Laluan

10 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Antara perkongsian ICT kali adalah mengenai keselamatan kata laluan. Adakah kata laluan yang digunakan cukup selamat? Atau sebaliknya. Facebook Live ini berlansung selama setengah jam dengan 2 orang peserta mendaftar. Selain itu, perkongsian ini membincangkan mengenai penggunaan kata laluan yang mengandungi karakter yang berbeza seperti huruf kecil dan besar, nombor, karakter khas seperti tanda seru dan banyak lagi. Hal ini penting kerana kata laluan digunakan dalam kehidupan seharian. Seperti kata laluan untuk sosial media kita dan juga bank kita.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali