Facebook Live : Buli Siber

12 April 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Dalam sesi Facebook Live kali ini adalah taklimat buli siber. Tujuan taklimat ini adalah untuk memastikan kita mengenal si pembuli dan mencegah diri menjadi mangsa buli siber,sekaligus memupuk nilai positif dalam dunia siber. Taklimat online berlansung selama 14 minit dengan kehadiran dengan 11 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali