Tutorial Resume (Canva)

18 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Resume bertujuan untuk menerangkan secara ringkas mengenai tahap pendidikan, pengalaman kerja, kelayakan, kemahiran dan pencapaian seseorang individu. Resume merupakan dokumen yang biasa digunakan dalam proses permohonan kerja. Kebiasaannya, resume merangkumi 1 atau 2 muka surat sahaja. Terdapat tiga jenis resume, iaitu chronological, functional, dan combination formats. Jenis resume perlu dipilih mengikut kesesuaian pekerjaan yang dimohon.

Pada sesi ini, peserta belajar menggunakan Canva untuk mencipta resume sendiri. Aplikasi Canva mempunyai banyak fungsi tersendiri termasuk membuat poster, resume, pembentangan dan banyak lagi. Di samping itu, terdapat banyak template untuk resume di Canva dan ia memudahkan pengguna untuk memilih rekaan resume mereka di Canva. Tutorial ini bermula jam 2 petang sehingga 4 petang dengan kehadiran seorang ahli PIK Kg Lambir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali