Facebook Live – Database (Microsoft Excel)

16 September 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda dan PKP, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui social media seperti Facebook dan Instagram untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana PKP dan PIK Kg Lambir masih beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan. Oleh itu, Aktiviti melalui media Facebook adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Pengurusan sesebuah maklumat adalah amat penting dalam sesebuah organisasi. Pada sesi Facebook Live kali ini, staff PIK berkongsi mengenai cara untuk membuat satu database mudah sesuai untuk kegunaan harian. Contoh yang digunakan adalah dalam perniagaan ,penggunaan sebuah database penting untuk mencatat stok dan sebagainya. Live bermula jam 12:43 pm selama 10 minit.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali