Advokasi Maklumat Palsu

21 November 2021 | Aktiviti Terkini

Maklumat palsu adalah sejenis kewartawanan kuning atau propaganda yang terdiri daripada penyebaran maklumat salah atau olok-olok secara sengaja melalui media, sama ada akhbar tradisional, media penyiaran mahupun media sosial melalui dalam talian.Berita palsu ini bukan sahaja melibatkan penularan. Maklumat palsu berhubung dengan Covid-19 tetapi juga perkara-perkara yang lain.

Lebih menyedihkan berita palsu ini menyebabkan orang yang tidak bersalah dipersalahkan dan menjadi tular dalam laman sosial seperti Facebook, Instagram, aplikasi WhatsApp dan lain-lain. Ia mendatangkan masalah kepada pihak yang menjadi mangsa tular ini. Mereka bukan sahaja menanggung malu, bahkan terdedah kepada bahaya atau ancaman. Advokasi ini bertujuan untuk berkongsi perkara asas mengenai maklumat palsu dan ia berlansung selama 17 minit dari jam 10:47 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali