Facebook Live : Advokasi Online Grooming

21 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Dalam sesi Facebook Live kali ini adalah advokasi online grooming. Ianya merupakan info berguna untuk remaja dan ibu bapa. Kebanyakkan pelajar dan ibu bapa mempunyai peranti elektronik untuk kegunaan harian bagi pdpr atau urusan kerja. Tujuan taklimat ini adalah untuk mencegah peringkat awal dari jenayah siber grooming. Taklimat online berlansung selama 33 minit dengan kehadiran dengan 7 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali