Facebook Live : Be Internet Awesome

21 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Dalam sesi Facebook Live kali ini adalah kelas online be internet awesome. Ianya merupakan aktiviti berfaedah dilakukan secara online bersama keluarga. Kebanyakkan pelajar dan ibu bapa mempunyai peranti elektronik untuk kegunaan harian bagi pdpr dan urusan kerja. Tujuan taklimat ini adalah untuk melakukan aktiviti secara online sekaligus memupuk nilai positif dalam dunia siber. Kelas online berlansung selama 30 minit dengan kehadiran dengan 5 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali