Facebook Live : Jadual Belanjawan (Excel)

25 April 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Antara perkongsian ICT kali ini adalah mengenai tips untuk membuat sebuah jadual mengenai belanjawan bulanan. Dengan membuat jadual tersebut, pengguna akan boleh membuat perancangan dan melihat sendiri penggunaan belanjawan sendiri. Selain itu, pengguna boleh menambahkan ilmu penggunaan Excel mereka. Kelas berlansung dari 11:10 pagi sehingga 11:40 pagi dengan seorang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali