e-Holiday Card

20 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pengunaan e-Holiday Card kerap kali digunakan pada masa kini kerana ia antara alternatif baru untuk menyampaikan ucapan kepada sahabat dan keluarga yang jauh dari kita. Sebelum penggunaan secara digital ini, biasanya ada keluarga akan menghantar kad ucapan dengan rekaan sendiri kepada keluarga dan sahabat mereka yang tinggal berjauhan. Jika dilihat dari sudut alam sekitar, alternatif begini dilihat sebagai alternatif yang sesuai untuk mengurangkan penggunaan kertas untuk membuat kad ucapan.

Selain itu, antara kelebihan menggunakan kad secara digital ini memberi kita ruang untuk menghias atau mereka kad ucapan kita dengan lebih kreatif. Dengan adanya kemudahan teknologi, sangat mudah untuk kita membuat kad ucapan sendiri dengan rekaan yang kita mahu. Kelas berlansung dari 4.20 petang sehinga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali