Facebook Live – Buli Siber

25 September 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda dan PKP, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui social media seperti Facebook dan Instagram untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana PKP dan PIK Kg Lambir masih beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan. Oleh itu, Aktiviti melalui media Facebook adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Pada sesi kali ini adalah perkongsian mengenai gejala sosial di laman media sosial iaitu buli siber. Gejala buli siber ini mempunyai kesan segera dan meluas memandangkan serangan pembuli boleh berlaku selama 24 jam sehari dengan kapasiti yang luas. Hal ini berbeza dengan buli secara tradisional yang dilakukan secara bersemuka. Oleh itu, harus ada kesedaran mengenai isu ini kerana ia boleh menjurus ke sesuatu yang memudaratkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali