Tips pembayaran PTPTN menggunakan Shopee

28 September 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda dan PKP, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui social media seperti Facebook dan Instagram untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana PKP dan PIK Kg Lambir masih beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan. Oleh itu, Aktiviti melalui media Facebook adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

PTPTN adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut. Oleh itu, video tersebut adalah untuk menerangkan cara mudah untuk membayar PTPTN.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali