Facebook Live : Maklumat Palsu

7 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Antara perkongsian ICT kali ini adalah mengenai isu Maklumat Palsu. Pada masa pandemik ini, sudah pasti banyak maklumat palsu yang dikongsi. Hal ini membahayakan orang sekeliling kerana ia boleh menyebabkan panik. Masyarakat harus mempunyai kesedaran mengenai kepentingan untuk tidak menyebarkan maklumat palsu kerana ia boleh menjurus kepada masalah lain akibat daripada maklumat yang tidak sahih. Live ini berlansung selama lebih kurang 20 minit dengan seorang responden borang maklumbalas daripada enam view.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali