KDB – Maklumat Palsu

31 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda dan PKP, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui social media seperti Facebook dan Instagram untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana PKP dan PIK Kg Lambir masih tutup. Oleh itu, Aktiviti melalui media Facebook adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Maklumat palsu merupakan antara isu yang sering berlaku dalam era globalisasi kini. Sudah pasti orang awam tahu mengenai isu ini kerana kes penyebaran maklumat palsu ini hamper setiap hari kita melihat laporan kes ini di media sosial dan akhbar. Di samping itu, orang awam harus tahu dengan lebih lanjut mengenai isu ini seperti mengenal pasti apa itu maklumat palsu serta kesan terhadap masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali