Facebook Live : Slidesgo

11 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda dan PKP, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui social media seperti Facebook dan Instagram untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana PKP dan PIK Kg Lambir masih tutup. Oleh itu, Aktiviti melalui media Facebook adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Pada sesi kali ini adalah perkongsian mengenai laman web Slidesgo. Laman web tersebut adalah sebuah laman web yang menyediakan template untuk Microsoft Powerpoint yang lebih menarik dan unik. Di samping itu, sesuai untuk kegunaan bekerja dan pengajaran, rekaan template lain yang lebih unik dan seronok amat sesuai untuk kegunaan seharian. Sesi tersebut bermula jam 1:17 petang sehingga 1:27 petang dengan kehadiran seorang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali