Facebook Live – Perlindungan Kanak-Kanak di Internet

11 September 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda dan PKP, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui social media seperti Facebook dan Instagram untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana PKP dan PIK Kg Lambir masih beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan. Oleh itu, Aktiviti melalui media Facebook adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai. Perlindungan kanak – kanak di Internet adalah sesuatu isu yang harus diambil berat oleh semua pihak kerana ia melibatkan keselamatan anak – anak muda. Pada zaman globalisasi sekarang, memiliki gajet adalah sesuatu yang harus untuk generasi muda sekarang kerana ia adalah saluran untuk mereka mendapatkan maklumat. Di samping itu, sudah pasti masyarakat selalu mendengar kes jenayah melibatkan kanak – kanak dan Internet di negara kita. Oleh itu, kita harus berkongsi pengetahuan mengenai isu ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali