Facebook Live : Advokasi – Check Your Label

24 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Dalam sesi Facebook Live kali ini adalah advokasi check your label. Ianya merupakan info berguna untuk semua pengguna peranti alat komunikasi. Semua pelajar dan ibu bapa mempunyai telefon pintar dan laptop untuk kegunaan harian pdpr belajar bersama cikgu. Tujuan Advokasi ini adalah mengelakkan pembelian alat peranti elektronik yang tidak berkualiti dan palsu. Selain itu, orang umum harus mengetahui cara menyemak kualiti alat peranti sebelum membeli. Taklimat online berlansung selama 11 minit dengan kehadiran dengan 9 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali