Advokasi Buli Siber

30 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Gejala buli siber ini mempunyai kesan segera dan meluas memandangkan serangan pembuli boleh berlaku selama 24 jam sehari dengan kapasiti yang luas. Hal ini berbeza dengan buli secara tradisional yang dilakukan secara bersemuka. Kesan buli siber kepada mangsa dapat dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan mental. Antara kesannya termasuklah depresi, kemurungan, perbuatan melukakan dan mencederakan diri sendiri sehingga akhirnya jika tidak dibendung akan mengakibatkan bunuh diri. Pada sesi kali ini, PIK Kampung Lambir mendapat jemputan untuk berkongsi mengenai topik Buli Siber kepada pelajar program Diploma Port Management dari Universiti Netherlands Maritime College. Terdapat 13 peserta yang menyertai advokasi ini bermula jam 2.30 petang sehingga 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali