Facebook Live: Panggilan Palsu

25 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda dan PKP, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui social media seperti Facebook dan Instagram untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana PKP dan PIK Kg Lambir masih tutup. Oleh itu, Aktiviti melalui media Facebook adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai. Topik untuk perkongsian kali ini adalah mengenai topik Panggilan Palsu. Oleh kerana kita semakin bergantung pada telefon pintar, penjahat dan pencuri mengambil kesempatan menggunakan platform ini untuk melakukan perbuatan jahat mereka serta cuba untuk memisahkan kita dengan wang yang kita telah peroleh hasil usaha kita. Kini, kita hidup pada zaman di mana kita tidak boleh mengabaikan panggilan masuk daripada orang yang kita tidak kenali dan berharap ia akan berakhir. Live bermula jam 11:42 sehingga 11:57 minit.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali