Facebook Live : Pengenalan Komputer

25 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Dalam sesi Facebook Live kali ini adalah kelas pengenalan komputer. Ianya merupakan info berguna untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kebanyakkan pelajar dan ibu bapa mempunyai komputer dan computer riba untuk kegunaan harian pdpr atau urusan kerja. Tujuan kelas ini adalah mengenali dengan mudah fungsi setiap kompenen pada komputer. Taklimat online berlansung selama 19 minit dengan kehadiran dengan 5 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali