Facebook Live : KDB Penipuan Kewangan

13 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda dan PKP, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui social media seperti Facebook dan Instagram untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana PKP dan PEDi Kg Lambir masih tutup. Oleh itu, Aktiviti melalui media Facebook adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai. Tayangan video adalah mengenai cara mengelakkan diri dari penipuan kewangan. Tujuannya adalah untuk mendedahkan teknik penipuan dilakukan oleh penjenayah siber untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak dengan menggunakan identity palsu. Video ini dapat memberi penerangan lanjut mengenai “Scam” pada page Facebook seperti yang diterangkan. Jumlah peserta adalah seramai 8 orang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali