Facebook Live : Pengantunan Dalam Talian

24 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Dalam sesi Facebook Live kali ini adalah mengenai Pengantunan dalam Talian. Ia adalah merupakan antara isu hangat sejak kebelakangan ini kerana ia seringkali melibatkan pelajar. Kesan daripada aktviti ini adalah ia akan mengakibatkan impak yang negatif kepada mangsa. Selain itu, sudah menjadi tanggungjawab umum untuk sedar mengenai isu ini supaya dapat dibendung. Taklimat online berlansung selama 20 minit dengan kehadiran dengan 3 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali