Facebook Live : Tips Fotografi Produk
28 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniDengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.
Dalam sesi Facebook Live kali ini adalah perkongsian tips fotografi untuk produk jualan. Ramai tidak sedar bahawa fotografi atau gambar produk turut memainkan peranan yang penting untuk menarik minat pembeli. Sebanyak 5 tips mudah telah dikongsi dan dibincang bersama dalam sesi ini. Kelas berlansung selama 30 minit dengan 5 orang peserta mengisi boring kehadiran dengan jumlah tontonan sebanyak 34.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: