Facebook Live : Animasi Percuma (Powtoon)

19 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Antara perkongsian ICT kali ini adalah mengenai aplikasi animasi yang percuma iaitu Powtoon. Ia merupakan sebuah aplikasi online dan ada pilihan produksi yang percuma. Di samping itu, aplikasi tersebut sesuai digunakan kerana banyak template percuma yang sesuai digunakan untuk tujuan pembentangan, video dan banyak lagi. Oleh itu, kelas ini mengajar untuk menggunakan bahagian yang percuma untuk aplikasi tersebut. Kelas berlansung dari jam 2.30 petang sehingga 3 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali